|
FUNGSI
|
||||||||||||
|
Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan
oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah
pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, dan untuk gusi
yang sihat. Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan
interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga
untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine. Kajian
menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala
penyakit asma. Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong
mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti.
Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan
toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya,
oleh yang demekian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan
racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam
dos yang tinggi. Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density
lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang
sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol
yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah "
atherosclerosis" . Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen,
vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam ,
boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan
luka dan terbakar.
|
||||||||||||
|
|
||||||||||||
|
SUMBER
|
||||||||||||
|
Oleh kerana badan kita tidak boleh
menghasilkan vitamin C , ia mestilah diperolehi melalui makanan atau dalam
bentuk tambahan. Agak malang, kebanyakkan vitamin C yang diperolehi daripada makanan
hilang dalam air kencing. Vitamin C diperolehi daripada buah beri,
buah-buahan sitrus, dan sayuran hijau. Sumber yang baik termasuk asparagus,
avocado, black currants, kobis bunga, anggur, kubis, lemon,
mempelam, biji sawi hijau, bawang, oreng, betik, kacang peas hijau,
nenas, bayam, strawberri, tomato, dan selada air.
|
||||||||||||
|
|
||||||||||||
|
KEKURANGAN
|
||||||||||||
|
Kekurangan
vitamin C boleh menyebabkan :
|
||||||||||||
|
Sunday, 25 May 2014
Kenapa Pentingnya Vitamin C
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment