ASSALAMUALAIKUM SEMUA..
Semalam Gee ada kongsi tentang Nutrien Penting Semasa Hamil, Makanan-makanan penting untuk wanita hamil dari sumber asli, dan Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Hamil.
Ok malam ni Gee nak kongsi pula dengan anda semua Mitos VS Fakta tentang pemakanan ketika hamil.Alhamdulillah dengan perkongsian Gee ni,dapatlah membantu serba sedikit tentang pemakanan semasa hamil ini kepada bakal-bakal ibu di luar sana.
MITOS : Semasa hamil, anda perlu makan untuk dua orang (atau dua kali lebih banyak.)
FAKTA : Memang benar bahawa nutrisi anda memerlukan peningkatan, tetapi keperluan tenaga hanya meningkat sebanyak 300 kalori sehari untuk trimester kedua dan ketiga kehamilan.
MITOS : Pertambahan berat badan yang kurang semasa hamil boleh menyebabkan kelahiran lebih mudah
FAKTA : Ibu-ibu yang tidak bertambah berat badan selama kehamilan meletakkan bayi mereka berisiko untuk komplikasi yang teruk seperti kelahiran pra-matang, yang boleh menyebabkan masalah paru-paru dan jantung.
MITOS : Jika penambahan berat badan anda semasa hamil adalah tepat seperti yang disarankan, ia tidak akan menjadi lemak.
FAKTA : Kehamilan sihat termasuk penyimpanan lemak. Badan anda menggunakan lemak berlebihan sebagai tenaga selama bersalin dan menyusu.
MITOS : Wanita hamil hanya mengidamkan makanan yang tubuh mereka perlukan.
FAKTA : Wanita hamil boleh mengidamkan makanan jenis apa pun. Mengidam tidak harus menjadi petunjuk tunggal keperluan makanan.
MITOS : Seseorang wanita hamil yang sihat tidak akan mengalami ketidakselesaan
FAKTA : Loya, pedih ulu hati, sembelit boleh kena pada mana-mana wanita tanpa mengira tahap kesihatan. Walau bagaimanapun, wanita yang makan makanan sihat, minum air yang banyak, bersenam secara teratur dan mengelakkan gula & lemak yang belebihan boleh mengurangkan gejala-gejala yang tidak selesa.
Wednesday, 29 October 2014
Tuesday, 28 October 2014
PEMAKANAN SEMASA HAMIL
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA SEMUA
Malam ni Gee nak kongsi dengan anda semua tentang pemakanan semasa hamil. Semasa hamil, penjagaan pemakanan sangatlah penting kepada bakal yang bergelar ibu. Kebiasaannya time pregnant ni ibu-ibu akan makan ikut sedap mulut je..temasuk Gee sendiri.Hehehehe.
Ada juga yang fikir, time pregnant ni la peluang untuk gemuk tanpa bersalah. Yang ni Gee pun salah seorang tergolong dalam kumpulan ini..hehehe. Tapi hakikatnya, time pregnant nilah yang paling penting untuk kita jaga pemakanan.
Kenapa pentingnya untuk kita jaga makan semasa hamil?
- Makan makanan yang sihat dan berzat supaya baby pun dapat sekali zat itu
- Untuk memastikan ibu dan anak mendapat nutrisi dan mineral secukupnya.
- Makanan berkhasiat menjamin kesihatan ibu dan anak
- Makanan berkhasiat membantu tumbesaran baby dalam kandungan
- Dan yang paling penting sekali, apa yang kita makan semasa hamil akan memberi kesan pada bayi bukan sahaja dalam perut tetapi sehingga anak kita dewasa
Semasa pregnant, penting untuk kita makan makanan yang cukup semua nutrien dalam piramid makanan . Selain itu, ada beberapa nutrien yang sangat PENTING untuk ibu hamil.
Nutrien Penting Semasa Hamil
- Folate (Folic Asid)
- Kalsium
- Vitamin D
- Protein
- Zat Besi (Iron)
- Vitamin C
Folate (Folic Asid)
Fungsi : Mencegah kecacatan tiub neural, otak & saraf tunjang, menurunkan risiko kelahiran pramatang.
Beberapa banyak yang diperlukan: 800 mikrogram folate atau asid folic sehari sebelum konsepsi dan selama kehamilan
Sumber makanan : bijirin, sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahab sitrus, dan kacang kering dan kacang
Folate - dari sumber asli (makanan)
Folic acid - supplement
* Digalakkan ambil 3 bulan sebelum mengandung dan mula merancang nak mengandung.
Kalsium
Fungsi : Menguatkan tulang dan gigi ibu & bayi, membantu peredaran darah, sistem otot dan saraf,
Beberapa banyak yang diperlukan : 1,000 miligram sehari ; remaja hamil memerlukan 1,300 miligram per hari
Sumber makanan : Produk tenusu, brokoli, kale, jus buah-buahan dan bijirin
Vitamin D
Fungsi : Membantu membina tulang dan gigi bayi.
Berapa banyak yang diperlukan : 600 unit antarabangsa (IU) sehari
Sumber makanan : lemak ikan seperti salmon, susu dan jus oren.
Protein
Fungsi : Penting untuk menggalakkan pertumbuhan bayi, terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga
Berapa banyak yang diperlukan : 71 gram sehari
Sumber makanan : Daging tanpa lemak, ayam, ikan, telur, kacang, tauhu, produk susu dan mentega kacang.
Zat besi (Iron)
Fungsi : Mencegah anemia. Badan anda menggunakan zat besi untuk membuat hemoglobin, protein dan sel darah merah yang membawa oksigen ke tisu-tisu anda. Selama kehamilan juga darah mengembang untuk menampung perubahan dalam badan membantu bayi membuat bekalan darah keseluruhannya - dua kali ganda keperluan zat besi. Jika anda tidak mendapat cukup zat besi, anda mungkin menjadi lelah dan lebih mudah terdedah kepada jangkitan. Risiko kelahiran pramatangdan berat lahir rendah juga mungkin lebih tinggi.
Berapa banyak yang diperlukan : 27 miligram sehari
Sumber makanan : Daging merah, ayam, ikan, kacang dan sayur-sayuran
Vitamin C
Fungsi : Membantu penyembuhan luka, gigi dan pertumbuhan tulang dan menggalakkan proses metabolisme.
Berapa banyak yang diperlukan : 85 miligram sehari
Sumber makanan : oren, strawberi, lemon, mangga, tomato, grapefruit, kiwi, melon, kentang, lada
Makanan-makanan penting untuk wanita hamil dari sumber asli.
1) Madu asli
Cara makan : Setiap pagi makan 1-3 sudu begitu sahaja atau campurkan dengan air masak suhu biasa
Khasiat :
- Baik untuk jaringan saraf otak janin
- Membantu membuang angin di usus/perut
- Melawaskan pembuangan air besar
2) Susu kambing
Cara makan : Jarakkan pengambilan dengan sumber protein
Khasiat:
- Menambahkan kepadatan tulang janin
- Kecergasan stamina ibu
- Kecergasan perkembangan otak janin
- Mencantikkan kulit bayi agar bersih & kemerahan secara semulajadi
- Menggelakkan risiko penyakit kuning pada bayi
3) Minyak dan buah zaitun - mengandungi asid oliat (omega 9) & asid linoleat (omega 6)
Cara makan : Menelan minyak zaitun & meminyakkan badan dengan minyak zaitun
Khasiat :
- Bagus pembinaan sel, tisu janin
- Menambahbaik jaringan otak janin
- Melembapkan kulit ibu & bayi
- Membantu melancarkan proses bersalin
- Melembutkan tisu sekitar faraj
4) Kekacang (badam, walnut, pistaschio, kacang gajus) - mengandungi asid folic yang tinggi
Khasiat :
- Merangsang minda ibu
- Merangsang perkembangan otok janin
- Mengelak risiko kecacatan janin
- Penawar masalah sembelit & usus kotor
5) Buah-buahan segar (tembikai, anggur, delima, oren, epal, pir, buah naga, pisang, avocado dll)
Khasiat :
- Mengganti semula cairan yang terhidrat
- Mengurangkan rasa lapar
- Mencantikkan kulit
6) Buah-buahan kering (kurma, kismis, buah tin, apricot kering)
Khasiat kismis:
- Memelihara daya ingatan
- Baik untuk memecahkan lendir di tekak (punca batuk , selsema)
Khasiat kurma :
- Membantu pengecutan tisu rahim
- Melembutkan kawasan peranakan
- Membekalkan sumber tenaga ringkas & cepat
- Membantu menenangkan perasaan & kerusingan jiwa
7) Sup (sup bali, sup labu, sup ayam kampung)
Khasiat sup :
- Mencukupkan kandungan air yang diperlukan wanita hamil
Khasiat labu :
- Penawar racun berbisa
- Bijinya menjadi ubat cacing pita
- Kaya vitamin A yang diperlukan penderita rabun
- Sumber antioksidan yang kuat untuk mencergah kenser
8) Daging kambing
Khasiat :
- Menguatkan tubuh
- Bayi yang dilahirkan cergas
9) Daging merpati
Khasiat :
- Menguatkan & menambah kecerdasan akal
- Untuk kecergasan ibu hamil & janin
- Ikhtiar merawat penyakit lumpuh, lemah badan & sengal tulang
10) Ikan (kandungan omega & DHA yang tinggi)
Khasiat :
- Menyuburkan janin yang berIQ tinggi
Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Hamil
1) Makanan berkasinogen (makanan jenis panggang)
- Menyumbang kepada penyakit kenser
- Makan dengan timun atau bawang untuk meneutralkan karbon
2) Minuman bergas/berkarbonat
- Mengandungi karbon dioksida terlarut kepekatan tinggi & kadungan gula/pemanis tiruan yang tinggi
3) Makanan berpengawet & dijerukkan/diperam
- Makanan yang tidak segar & mendatangkan risiko penyakit
4) Makanan laut yang tinggi dalam merkuri (contoh: swordfish, shark, king mackerel, tilefish)
- Terlalu banyak raksa bolehmembahayakan sistem saraf bayi
5) Makanan laut yang mentah atau tercemar (contoh: ikan mentah termasuk sushi, sashimi dan tiram mentah ,kerang Tau siput)
- Untuk menggelakkan bakteria berbahaya atau virus dalam makanan laut
6) Daging ayam dan telur separa masak
- Ibu hamil berisiko tinggi untuk mengalami keracunan bakteria dalam makanan
7) Makanan yang unpasteurized (produk tenusu atau jus yang unpasteurized - susu, keju dll)
- Produk ini boleh membawa kepada penyakit bawaan makanan
8) Buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dibasuh
- Berisiko mengandungi bakteria penyebab penyakit
9) Kafien yang berlebihan - kafien boleh menyeberangi plasenta dan mempengaruhi kadar denyutan jantung bayi
- Minum terlalu banyak kafien semasa mengandung boleh dikaitkan dengan peningkatan risiko keguguran
- Hadkan jumlah kafien dalam diet untuk kurang 200 miligram sehari semasa mengandung
10) Teh herba
- Elakkan minum teh herba kecuali dengan kebenaran doktor
11) Alkohol
- Ibu-ibu yang mengambil alkohol mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk keguguran dan kelahiran mati. Terlalu banyak alkoholsemasa mengandung boleh menyebabkan sindrom alkohol janin, yang menyebabkan kecacatan muka, kecacatan jantung dan kecacatan mental serta memberi kesan kepada perkembangan otak bayi.
Info & Order:
Nor Aziana Binti Ali ( GEE )
Shaklee ID :913010
Sunday, 26 October 2014
MASKER SR VITAMIN C
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT HARI MINGGU SEMUA...
Hari ni mesti anda semua penat kan berjalan-jalan dengan family...begitu juga Gee..hehehe..hari ni sehari suntuk Gee keluar jalan-jalan.Pagi lagi dah gi shopping barang dapur di Mydin lepas shopping balik rumah pulak barang sebab ada beli barang basah sikit dan solat zohor.
Selepas solat kuar lagi untuk isi perut dan pergi Tesco pulak coz hubby nak gunting rambut ..Sementara tunggu hubby sempat juga lah belanja Rayyan main game kat Tesco..seronok tengok Rayyan main..gelak je lebih..habis je main game kami solat asar dulu sebelum ke jom heboh pulak.Si kecik Rania tido je atas dukung mama masa gi jom heboh tu...mungkin penat kot seharian berjalan.
Eh panjang pulak bercerita aktiviti hari ni lari dari tajuk pulak....hehehehe...
Ok, berkenaan dengan tajuk entri hari ni ialah masker SR Vitamin C ni, Gee nak kongsi dengan anda semua cara-cara membuat dan memakai masker tersebut.
Hari ni mesti anda semua penat kan berjalan-jalan dengan family...begitu juga Gee..hehehe..hari ni sehari suntuk Gee keluar jalan-jalan.Pagi lagi dah gi shopping barang dapur di Mydin lepas shopping balik rumah pulak barang sebab ada beli barang basah sikit dan solat zohor.
Selepas solat kuar lagi untuk isi perut dan pergi Tesco pulak coz hubby nak gunting rambut ..Sementara tunggu hubby sempat juga lah belanja Rayyan main game kat Tesco..seronok tengok Rayyan main..gelak je lebih..habis je main game kami solat asar dulu sebelum ke jom heboh pulak.Si kecik Rania tido je atas dukung mama masa gi jom heboh tu...mungkin penat kot seharian berjalan.
Eh panjang pulak bercerita aktiviti hari ni lari dari tajuk pulak....hehehehe...
Ok, berkenaan dengan tajuk entri hari ni ialah masker SR Vitamin C ni, Gee nak kongsi dengan anda semua cara-cara membuat dan memakai masker tersebut.
- Ambil 1 biji vitamin C dan patahkan 3bahagian
- Ambil 1 bahagian sahajai (lagi 2 bahagian simpan untuk hari lain)
- Hancurkan dalam piring
- Masukkan 1 sudu air
- Biarkan 3-5 minit sampai kembang
- Sapukan pada muka yang telah dicuci dan kering
- Sapu seluruh muka
- Biar ia kering (20-30 minit)
- Bilas dengan air bersih
Senang je kan!!! sekarang apa tunggu lagi jom bermasker dengan vitamin c...bangun esok pagi mesti halus je rasa muka..
Hubungi saya
01116047327
Gee
Wednesday, 22 October 2014
VITAMIN E MERAWAT SUNBURN
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA
Selamat petang semua,
Ok, Gee nak konggsikan kisah Pn Cerry di mana beliau merawat sunburn hanya dengan vitamin E. TERUJA KAN!!!
"Petang ni saya sangat teruja nak kongsi kisah vitamin E..brand Shaklee ..serius teruja gilerr... macam baru kenal jer kan.. ni semua gara2 sunburn.. bukan sahaja Faiz tapi saya gak... last month kan kami ke Tioman...2 minggu kemudiannya kami ke Pulau Kapas plak.. tak sempat nak recover kulit tu.. tapi jgn risau... kitorang ada penawar sunburn... natural ni.. guna kapsul Vitamin E.
cerita pasal vitamin E untuk sunburn ni, saya teringat ketika saya masih bekerja dengan Petronas 4 tahun yang lepas..saya ditugaskan jaga project di paka... haa faham2 lah plant kat paka tu.. tengah2 panas terik.. terbakarrrr... hihi.. kawan saya advice dia kata sapu baby oil johnson tu ataupun cari yang vitamin E oil lotion..... Time tu mana lah sempat nak cari supermarket lotion2 ni semua.. Tapi saya teringat bekalan suplemen(vitamin) .. macam biasa lah.. bwk behttps://www.blogger.com/blogger.g?blogID=3377079446483400610#editor/target=post;postID=1596760191984367513
kal vitamin2.. Vit E, Vit C, vitalea, bcomplex dan mcm2 lagi.. ihihi.. Haaaa ada pun vitamin E... so apa lagi, saya ambil sebiji kapsul vit E tu, cucuk dgn pin.. kemudian minyak tu saya sapukan ke seluruh muka... saya amalkan setiap hari sebelum tidur.. bangun tidur baru bilas muka... Alhamdulillah ...mujarab.... bukan je sunburn pulih cepat, tapi kulit jadi halus mulus...
So far yang saya cuba adalah kapsul vitamin E jenama Shaklee.. kalau jenama lain saya no komen lah yer.....hihih.. Saya amalkan masker vitamin E Shaklee untuk kulit lebih moist dan lembut (mcm choc cake moist lak..hihi)...dan untuk cegah jerawat....bukan semata2 sebab sunburn... bila tak sunburn pun saya memang amalkan masker vitamin E setiap malam.. bergantung kepada tahap kerajinan, takdelah setiap malam.. pengsan pulak suami saya tidur sebelah saya karang..hihihi.
Jumpa lagi di entry yang akan datang dengan cerita2 menarik okay.. selamat berhujung minggu"
HAA...TERUJA kan dengan masker vitamin e ni...jom kita cuba!!!

Info & Order:
Nor Aziana Binti Ali ( GEE )
Shaklee ID :913010
Subscribe to:
Comments (Atom)