Wednesday, 29 October 2014

MITOS VS FAKTA TENTANG PEMAKANAN KETIKA HAMIL

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

Semalam Gee ada kongsi tentang  Nutrien Penting Semasa Hamil, Makanan-makanan penting untuk wanita hamil dari sumber asli, dan Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Hamil.

Ok malam ni Gee nak kongsi pula dengan anda semua Mitos VS Fakta tentang pemakanan ketika hamil.Alhamdulillah dengan perkongsian Gee ni,dapatlah membantu serba sedikit tentang pemakanan semasa hamil ini kepada bakal-bakal ibu di luar sana.

MITOS : Semasa hamil, anda perlu makan untuk dua orang (atau dua kali lebih banyak.)
FAKTA : Memang benar bahawa nutrisi anda memerlukan peningkatan, tetapi keperluan tenaga hanya meningkat sebanyak 300 kalori sehari untuk trimester kedua dan ketiga kehamilan.

MITOS : Pertambahan berat badan yang kurang semasa hamil boleh menyebabkan kelahiran lebih mudah
FAKTA : Ibu-ibu yang tidak bertambah berat badan selama kehamilan meletakkan bayi mereka berisiko untuk komplikasi yang teruk seperti kelahiran pra-matang, yang boleh menyebabkan masalah paru-paru dan jantung.

MITOS : Jika penambahan berat badan anda semasa hamil adalah tepat seperti yang disarankan, ia tidak akan menjadi lemak.
FAKTA : Kehamilan sihat termasuk penyimpanan lemak. Badan anda menggunakan lemak berlebihan sebagai tenaga selama bersalin dan menyusu.

MITOS : Wanita hamil hanya mengidamkan makanan yang tubuh mereka perlukan.
FAKTA : Wanita hamil boleh mengidamkan makanan jenis apa pun. Mengidam tidak harus menjadi petunjuk tunggal keperluan makanan.

MITOS : Seseorang wanita hamil yang sihat tidak akan mengalami ketidakselesaan
FAKTA : Loya, pedih ulu hati, sembelit boleh kena pada mana-mana wanita tanpa mengira tahap kesihatan. Walau bagaimanapun, wanita yang makan makanan sihat, minum air yang banyak, bersenam secara teratur dan mengelakkan gula & lemak yang belebihan boleh mengurangkan gejala-gejala yang tidak selesa.


 
  

No comments:

Post a Comment