Tuesday, 28 October 2014

PEMAKANAN SEMASA HAMIL


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA SEMUA

Malam ni Gee nak kongsi dengan anda semua tentang pemakanan semasa hamil. Semasa hamil, penjagaan pemakanan sangatlah penting kepada bakal yang bergelar ibu. Kebiasaannya time pregnant ni ibu-ibu akan makan ikut sedap mulut je..temasuk Gee sendiri.Hehehehe.

Ada  juga yang fikir, time pregnant ni la peluang untuk gemuk tanpa bersalah. Yang ni Gee pun salah seorang tergolong dalam kumpulan ini..hehehe. Tapi hakikatnya, time pregnant nilah yang paling penting untuk kita jaga pemakanan.

Kenapa pentingnya untuk kita jaga makan semasa hamil?
  1.  Makan makanan yang sihat dan berzat supaya baby pun dapat sekali zat itu
  2. Untuk memastikan ibu dan anak mendapat nutrisi dan mineral secukupnya.
  3. Makanan berkhasiat menjamin kesihatan ibu dan anak
  4. Makanan berkhasiat membantu tumbesaran baby dalam kandungan
  5. Dan yang paling penting sekali, apa yang kita makan semasa hamil akan memberi kesan pada bayi bukan sahaja dalam perut tetapi sehingga anak kita dewasa

Semasa pregnant, penting untuk kita makan makanan yang cukup semua nutrien dalam piramid makanan . Selain itu, ada beberapa nutrien yang sangat PENTING untuk ibu hamil.

Nutrien Penting Semasa Hamil
  1. Folate (Folic Asid)
  2. Kalsium
  3. Vitamin D
  4. Protein 
  5. Zat Besi (Iron)
  6. Vitamin C
(sumber website mayoclinic)

Folate (Folic Asid)
Fungsi : Mencegah kecacatan tiub neural, otak & saraf tunjang, menurunkan risiko kelahiran pramatang.

Beberapa banyak yang diperlukan: 800 mikrogram folate atau asid folic sehari sebelum konsepsi dan selama kehamilan

Sumber makanan : bijirin, sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahab sitrus, dan kacang kering dan kacang

Folate - dari sumber asli (makanan)
Folic acid - supplement
* Digalakkan ambil 3 bulan sebelum mengandung dan mula merancang nak mengandung.

Kalsium
Fungsi : Menguatkan tulang dan gigi ibu & bayi, membantu peredaran darah, sistem otot dan saraf,

Beberapa banyak yang diperlukan : 1,000 miligram sehari ; remaja hamil memerlukan 1,300 miligram per hari

Sumber makanan : Produk tenusu, brokoli, kale, jus buah-buahan dan bijirin

Vitamin D
Fungsi : Membantu membina tulang dan gigi bayi.  

Berapa banyak yang diperlukan : 600 unit antarabangsa (IU) sehari

Sumber makanan : lemak ikan seperti salmon, susu dan jus oren.

Protein
Fungsi : Penting untuk menggalakkan pertumbuhan bayi, terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga

Berapa banyak yang diperlukan : 71 gram sehari

Sumber makanan : Daging tanpa lemak, ayam, ikan, telur, kacang, tauhu, produk susu dan mentega kacang.

Zat besi (Iron)
Fungsi : Mencegah anemia. Badan anda menggunakan zat besi untuk membuat hemoglobin, protein dan sel darah merah yang membawa oksigen ke tisu-tisu anda. Selama kehamilan juga darah mengembang untuk menampung perubahan dalam badan membantu bayi membuat bekalan darah keseluruhannya - dua kali ganda keperluan zat besi. Jika anda tidak mendapat cukup zat besi, anda mungkin menjadi lelah dan lebih mudah terdedah kepada jangkitan. Risiko kelahiran pramatangdan berat lahir rendah juga mungkin lebih tinggi.

Berapa banyak yang diperlukan : 27 miligram sehari

Sumber makanan : Daging merah, ayam, ikan,  kacang dan sayur-sayuran

Vitamin C
Fungsi : Membantu penyembuhan luka, gigi dan pertumbuhan  tulang dan menggalakkan proses metabolisme.

Berapa banyak yang diperlukan : 85 miligram sehari

Sumber makanan : oren, strawberi, lemon, mangga, tomato, grapefruit, kiwi, melon, kentang, lada


Makanan-makanan penting untuk wanita hamil dari sumber asli.

1) Madu asli
Cara makan : Setiap pagi makan 1-3 sudu begitu sahaja atau campurkan dengan air masak suhu biasa

Khasiat :
  • Baik untuk jaringan saraf otak janin
  • Membantu membuang angin di usus/perut
  • Melawaskan pembuangan air besar 

2) Susu kambing
Cara makan : Jarakkan pengambilan dengan sumber protein

Khasiat:
  • Menambahkan kepadatan tulang janin
  • Kecergasan stamina ibu
  • Kecergasan perkembangan otak janin
  • Mencantikkan kulit bayi agar bersih & kemerahan secara semulajadi
  • Menggelakkan risiko penyakit kuning pada bayi

3) Minyak dan buah zaitun -  mengandungi asid oliat  (omega 9) & asid linoleat (omega 6)

Cara makan : Menelan minyak zaitun & meminyakkan badan dengan minyak zaitun

Khasiat :
  • Bagus pembinaan sel, tisu janin
  • Menambahbaik jaringan otak janin
  • Melembapkan kulit ibu & bayi
  • Membantu melancarkan proses bersalin
  •  Melembutkan tisu sekitar faraj

4) Kekacang (badam, walnut, pistaschio, kacang gajus) - mengandungi asid folic yang tinggi
 Khasiat : 
  • Merangsang minda ibu
  • Merangsang perkembangan otok janin
  • Mengelak risiko kecacatan janin
  • Penawar masalah sembelit & usus kotor

 5) Buah-buahan segar (tembikai, anggur, delima, oren, epal, pir, buah naga, pisang, avocado dll)
 Khasiat :
  • Mengganti semula cairan yang terhidrat
  • Mengurangkan rasa lapar
  • Mencantikkan kulit

6) Buah-buahan kering (kurma, kismis, buah tin, apricot kering)
 Khasiat kismis:
  • Memelihara daya ingatan
  • Baik untuk memecahkan lendir di tekak (punca batuk , selsema)

Khasiat kurma : 
  • Membantu pengecutan tisu rahim
  • Melembutkan kawasan peranakan
  • Membekalkan sumber tenaga ringkas & cepat
  • Membantu menenangkan perasaan & kerusingan jiwa

7) Sup (sup bali, sup labu, sup ayam kampung)
 Khasiat sup : 
  • Mencukupkan kandungan air yang diperlukan wanita hamil

Khasiat labu :
  • Penawar racun berbisa
  • Bijinya menjadi ubat cacing pita
  • Kaya vitamin A yang diperlukan penderita rabun
  • Sumber antioksidan yang kuat untuk mencergah kenser

8) Daging kambing
  Khasiat : 
  • Menguatkan tubuh
  • Bayi yang dilahirkan cergas

9) Daging merpati
Khasiat :
  • Menguatkan & menambah kecerdasan akal
  • Untuk kecergasan ibu hamil & janin
  • Ikhtiar merawat penyakit lumpuh, lemah badan & sengal tulang

10) Ikan (kandungan omega & DHA yang tinggi)
Khasiat :
  • Menyuburkan janin yang berIQ tinggi


Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Hamil

1) Makanan berkasinogen  (makanan jenis panggang)
  • Menyumbang kepada penyakit kenser
  • Makan dengan timun atau bawang untuk meneutralkan karbon

2) Minuman bergas/berkarbonat
  • Mengandungi karbon dioksida terlarut kepekatan tinggi & kadungan gula/pemanis tiruan yang tinggi

3) Makanan berpengawet & dijerukkan/diperam
  • Makanan yang tidak  segar & mendatangkan risiko penyakit

4) Makanan laut yang tinggi dalam merkuri (contoh: swordfish, shark, king mackerel, tilefish) 
  • Terlalu banyak raksa bolehmembahayakan sistem saraf bayi

5) Makanan laut yang mentah atau tercemar (contoh: ikan mentah termasuk sushi, sashimi dan tiram mentah ,kerang Tau siput)
  • Untuk menggelakkan bakteria berbahaya atau virus dalam makanan laut

6) Daging ayam dan telur separa masak
  • Ibu hamil berisiko tinggi untuk mengalami keracunan bakteria dalam makanan

7) Makanan yang unpasteurized (produk tenusu atau jus yang unpasteurized - susu, keju dll)
  •  Produk ini boleh membawa  kepada penyakit bawaan makanan

8) Buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dibasuh
  • Berisiko mengandungi bakteria penyebab penyakit

9) Kafien yang berlebihan - kafien boleh menyeberangi plasenta dan mempengaruhi kadar denyutan jantung bayi
  • Minum terlalu banyak kafien semasa mengandung boleh dikaitkan dengan peningkatan risiko keguguran
  • Hadkan jumlah kafien dalam diet untuk kurang 200 miligram sehari semasa mengandung

10) Teh herba
  • Elakkan minum teh herba kecuali dengan kebenaran doktor

11) Alkohol
  • Ibu-ibu yang mengambil alkohol mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk keguguran dan kelahiran mati. Terlalu banyak alkoholsemasa mengandung boleh menyebabkan sindrom alkohol janin, yang menyebabkan kecacatan muka, kecacatan jantung dan kecacatan mental serta memberi kesan kepada perkembangan otak bayi.
  

Info & Order:   

Nor Aziana Binti Ali ( GEE )
Shaklee ID :913010
Sms / Whatsapp : 0111 6047327 
Pm di FB :Mamarayyan Papa

 
 


 

No comments:

Post a Comment